Wednesday, 10 December 2014

Permohonan akaun semasa di Ambank

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi (10/12/2014) aku pi Ambank kat Parit Buntar dengan semangat berkobar-kobar nk buka akaun semasa atas nama Syarikat Nulead Enterprise. Semua ni sebab kawan aku yg suruh buat. Katanya kalau pada masa hadapan  aku nk buat pinjaman perniagaan dari bank, senang sikit nak lulus. Aku pun pi la kat kaunter pertanyaan. Setelah bgtau kt pegawai bank tu, dia pon minta kat aku beberapa dokumen.
1. Daftar perniagaan dari SSM.
2. Slip dari SSM yg ada nama pemilik syarikat.
3. Mykad.
(Pegawai tu bagitau cop syarikat yg bulat dan petak x perlu).
Lepas tu pegawai tu pi photostat dokumen yg aku bg tadi.
Setelah semuanya ok. Pegawai tu bagi senarai apa yg perlu aku bawa andai permohonan aku berjaya. (Dia bagi masa seminggu) kalau lulus dia akan call.
1. Deposit Rm1000.00.
2. Rm180 untuk insuran (setahun).
3. I.C penama insuran.
4. Bill elektrik dan bill air terkini ( ikut alamat syarikat).
5. No. talipon yg register dgn TM.
Setelah diberi penerangan. Aku pun pulang dengan perasaan yg gembira. Harap2 permohonan aku diluluskan. Kalau anda nk tya apa2.. Bole taip kt ruangan komen. Tq


No comments:

Post a Comment

Blower fan trip

Blower trip sebab star delta contactor jammed. (gambar contactor yang dah rosak)   Spare part (contactor baru)   Contactor yang telah di cab...