Tuesday, 11 June 2013

Memperbaharui, menukar alamat dan menambah maklumat perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya. Entri hari ni saya nak kongsi serba sedikit mengenai cara nak renew sijil perakuan perniagaan. Bagi syarikat Enterprise seperti syarikat saya, pembayaran sebanyak RM60.00 akan dikenakan bagi memperbaharui sijil perakuan selama setahun. RM20.00 bagi penukaran alamat perniagaan. RM10.00 untuk menambah jenis perniagaan.
Bagi sesiapa yang baru nak daftar, elok rasanya masukkan jenis perniagaan tu lebih sikit. Tak le nanti buang masa nak pergi SSM sebab nak tambah jenis perniagaan.
Kalau sijil dah tamat tempoh, kompaun akan dikenakan sebanyak RM30 untuk bulan pertama, RM20 untuk bulan kedua dan RM10 untuk bulan seterusnya. 
Kad kredit diterima, tapi kena bagitau awal-awal sebab bila kerani tu dah print resit, kita dah tak boleh nak guna kad kredit. 
Kejayaan perniagaan anda bermula di SSM. Moto yang saya lihat di pejabat SSM :)

No comments:

Post a Comment

Blower fan trip

Blower trip sebab star delta contactor jammed. (gambar contactor yang dah rosak)   Spare part (contactor baru)   Contactor yang telah di cab...