Monday, 10 June 2013

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri kali ni pasal buku pulak. Buku ni saya beli pada tahun lepas. Bagi saya buku ni sesuai bagi bacaan seisi keluarga.
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fafdu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, dia dan adab. Semua ilmu berdumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Panduan amalan yang disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah. Media fitografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
Buku ini diterbitkan oleh : Telaga Biru.
Harga di Malaysia : RM55.00.

   AL-USTAZ DATO' HJ. ISMAIL KAMUS

    MOHD. AZRUL AZLEN ABD. HAMID


No comments:

Post a Comment

Blower fan trip

Blower trip sebab star delta contactor jammed. (gambar contactor yang dah rosak)   Spare part (contactor baru)   Contactor yang telah di cab...