Saturday, 1 June 2013

3 pin plug rosak

 3 pin plug tu apa eekkk? 3 pin plug ni selalunya kita sebut kepala plug la kalau di rumah.
Benda ni ada pada peti sejuk, mesin basuh, kipas angin dan macam-macam lagi peralatan elektrik. 
 Hari ni saya nak tulis tentang kepala plug cair (hampir nak terbakar). Benda ni jadi di kantin tempat saya bekerja. Tauke kantin bagitau power untuk peti ais tak ada. Saya pun pergi la tengok. Rupanya kepala plug tu dah nak terbakar. Siap melekat dan tak boleh nak cabut dari soket (switch socket outlet). Saya pun tutup main power. Ganti soket dan plug dengan yang baru.
 Kat sini saya nak bagitau sikit pasal plug ni. Dari pengalaman saya la, benda ni terjadi hampir 90% disebabkan fuse holder longgar. Jadi kalau anda beli wire extension atau apa-apa peralatan elektrik yang ada plug ni, check dulu fuse 13A tu longgar atau tidak sebelum pasang kat soket. Kalau longgar, cabut fuse dan kepitkan holder tu. Sekian saja untuk hari ini.
            Fuse holder pada plug top
  Inilah dia plug yang dah nak terbakar tu

 

1 comment:

  1. Assalamualaikum...klau plug tu melekat pda soket mcm mne nk cabut

    ReplyDelete

Blower fan trip

Blower trip sebab star delta contactor jammed. (gambar contactor yang dah rosak)   Spare part (contactor baru)   Contactor yang telah di cab...