Friday, 31 May 2013

Menanam Pisang Abu

Oleh kerana bekalan Pisang Abu/Nipah agak sukar diperolehi, saya mengambil inisiatif menanam sendiri Pisang Abu/Nipah di kawasan rumah saya. Pokok pisang ini saya perolehi dengan harga RM 1.00 sepokok.

Insyaallah dalam masa 7- 10 bulan bolehlah tuai hasilnya nanti.

Serba sedikit memgenai Pisang Abu/Nipah :

Hanya sesuai untuk digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pisang nipah juga disebut pisang kapok. Pisang Nipah merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Nipah biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok pisang Nipah ialah Musa acuminata balbisiana cultivars (BBBc). Buah pisang Nipah ini biasanya tidak dimakan begitu sahaja. Ia biasanya dijadikan pisang goreng.
Sumber : http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=434:panduan-menanam-pisang


Anak pokok Pisang Abu




1 comment:

Blower fan trip

Blower trip sebab star delta contactor jammed. (gambar contactor yang dah rosak)   Spare part (contactor baru)   Contactor yang telah di cab...