Translate

Thursday, 11 December 2014

Akaun semasa ambank

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni nk sambung citer semalam pasal buka akaun semasa kat ambank. 
Sedang aku asyik membancuh simen untuk buat konkrit pagar, tipon aku berbunyi. Ingatkan sapa yg call, rupanya pegawai ambank yg call. Dia bgtau permohonan aku dah diluluskan. Dia suruh pi bank utk tandatangan borang dan bawa dokumen yg dia nk tu.(bill elektrik & bill air yg sama alamat dgn alamat syarikat. Sampai kat bank, aku pon pi la jumpa pegawai tu. Bila dah siap tanda tangan, pegawai tu pon bg la no giliran utk pi deposit kat akaun semasa. Bila dah selesai semua, kad atm pulak x bole buat sebab sistem down. Pegawai tu bgtau, nnti bila kad dah siap dia akan call. Buku cek akan siap dlm masa 3 hari. 
Aku pun pulang dengan hati yg gembira.


Wednesday, 10 December 2014

Permohonan akaun semasa di Ambank

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi (10/12/2014) aku pi Ambank kat Parit Buntar dengan semangat berkobar-kobar nk buka akaun semasa atas nama Syarikat Nulead Enterprise. Semua ni sebab kawan aku yg suruh buat. Katanya kalau pada masa hadapan  aku nk buat pinjaman perniagaan dari bank, senang sikit nak lulus. Aku pun pi la kat kaunter pertanyaan. Setelah bgtau kt pegawai bank tu, dia pon minta kat aku beberapa dokumen.
1. Daftar perniagaan dari SSM.
2. Slip dari SSM yg ada nama pemilik syarikat.
3. Mykad.
(Pegawai tu bagitau cop syarikat yg bulat dan petak x perlu).
Lepas tu pegawai tu pi photostat dokumen yg aku bg tadi.
Setelah semuanya ok. Pegawai tu bagi senarai apa yg perlu aku bawa andai permohonan aku berjaya. (Dia bagi masa seminggu) kalau lulus dia akan call.
1. Deposit Rm1000.00.
2. Rm180 untuk insuran (setahun).
3. I.C penama insuran.
4. Bill elektrik dan bill air terkini ( ikut alamat syarikat).
5. No. talipon yg register dgn TM.
Setelah diberi penerangan. Aku pun pulang dengan perasaan yg gembira. Harap2 permohonan aku diluluskan. Kalau anda nk tya apa2.. Bole taip kt ruangan komen. Tq


Tuesday, 9 December 2014

Penghawa dingin tidak sejuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di petang yg indah ini saya nk kongsikan salah satu punca penghawa dingin tidak sejuk. 
Motor untuk condenser dah rosak. Bila fan rosak, compressor akan jadi panas. Ada satu thermostat kat compressor tu akan cut off compressor. Tujuannya ialah untuk elakkan compressor rosak sebab terlebih panas
Lihatlah lubang nk ikat nut pon dah lembik disebabkan motor terlalu panas.
Ni pun punca air cond x sejuk, capasitor meletus... Huhuhu... Bila capasitor dah rosak, condenser jadi panas sebab kipas x bole pusing kalau kapasitor rosak. Jadi, indoor kat dalam rumah tu cuma blow udara x sejuk. Ni sajalah yg saya bole bgtau pada hari ini. Klu ada soalan, bole taip kat ruangan komen... Sekian terima kasih.

Tuesday, 18 November 2014

Tut pokok limau nipis & pokok limau purut

Selasa, 18/11/14. Hari ni aku try tut pokok limau nipis & limau purut. 
1. Pi kedai beli penggalak akar.
2. Turis dan koyak kulit batang pokok (1 inci). Pilih dahan yg sihat dan matang.
3. Kikis lendir pada batang pokok tu. 
4. Bancuh penggalak akar dan sapu kat bahagian yg dah kena tores tu.
5. Bungkus bahagian tadi dengan tanah loam dicampur tanah bakar.
6. Dah siap.



  
7. Tunggu hingga akar tumbuh.
Klu projek ni menjadi, saya akan update lagi :-)






Saturday, 8 November 2014

Pokok terbantut

M
Pokok ni dah dekat 4 bulan aku tanam. Sampai hari ni 8/11/14 tak besar2. Setelah membuat penyelidikan. Aku mengambil keputusan untuk gantikan pokok pinang ni dgn pokok teh pagar. Sebelum ni aku korek 1x1 tanah tu. Kali ni aku korek 2x3. Bole tahan keras gak tanah ni. Mungkin sebab ni la pokok pinang aku terbantut. Akar tak bole nak pi cari makanan. Lepas ni aku nak tengok apa pulak jadi kat pokok teh ni.


Friday, 12 September 2014

Berhenti merokok

Alhamdulillah, hari ni 12/11/2014 dah 3 bulan aku berhenti merokok.
Antara kesan2 yang aku alami ialah :-
1. Bangun pagi badan jadi segar.
2. Tak mengantuk kat tempat kerja.
3. Selera makan bertambah.
Takda pula aku demam, ketaq2 dan lain2 masalah. Aku berhenti pula dengan cara mengejut. Semalam hisap rokok, hari ni terus berhenti. Kalau korang ada story pasal berenti merokok ni, bole komen.